langkah kaki aku lemah menuju ke situ, tanpa aku sedari aku tidak sedar kerana aku telah diikuti oleh seseorang, yang aku tidak kenali,dengan pantas aku berlari menuju tanpa arah tujuan ke mana kaki ku akan pergi,setibanya kaki aku melangkah melihat sebuah rumah usang yang aku tidak tahu siapa pemiliknya,untuk meninggalkan jejak orang yang mengekori aku itu,aku cepat masuk bersembunyi dalam rumah tersebut. Aku lihat rumah tersebut seperti telah ditinggalkan oleh pemiliknya selama berpuluh tahun mungkin. Seperti aku lihat ukiran pada rumah itu sangat cantik,benak hati aku bermonolog sementara mungkin pemilik rumah tersebut suka pada seni halus dan lukisaN,panorama mataku melihat kawasan rumah tersebut sangat unik,pasti pemilik tersebut sangat kreativ pemikirannya,sedang aku sedang asyik mengamati keindahan rumah tersebut,tiba..dup,dup,dup dup,dup,dup, makin lama bunyi tersebut makin dekat ,telinga aku menangkap bunyi apakah itu?? rupanya otak ku sudah translate bahawa bunyi tersebut adalah bunyi tapak kaki orang yang sedang menuju ke arah rumah tersebut,mungkin tapak kaki itu adalah orang yang telah mengejar aku tadi,aku tidak tahu kenapa orang tersebut mengekori aku semasa aku pulang dari rumah kawan aku sehingga aku sampai ke rumah usang ini,akibat orang yang mengejar aku . Apa motif aku tidak tahu,mungkin ingin merompak aku barangkali..itulah benak hati aku berkata-kata. Bunyi tersebut tiba-tiba sudah tidak didengari aku pun tidak tahu kenapa ia tiba-tiba terhenti,mungkin orang tersebut mengamati rumah ini,seperti aku terpukau melihat keindahan rumah ini,yang seperti memanggil untuk melihat dan memkaji setiap sudut rumah ini. Kaki terus melangkah meninjau setiap permukaan rumah tersebut sampai satu sudut mata ku terpaku melihat sesuatu yang amat mengejutkan dan jantungku seperti tidak keruan melihat objek tersebut ,,objekl tersebut iaitu lembaga putih yang amat buruk dan mata nye merah menyala memandangku, hatiku sudah tidak bersehaluan tanpa memikir panjang,kakiku terase berat untuk melangkah,aku tidak tahu kenapa ia terjadi seperti ini. Aku mengucap panjang ''laillahaillaALLAH ALLAHUAKHBAR'' aku menjerit sekuat hati,akhirnya aku mampu mengucap kalimah ALLAH,lantas kakiku terus boleh melangkah laju dan berlari tanpa berfikir apa-apa..tiba-tiba aku terasa badanku sakit lantas aku membuka mata,aku tersedar aku telah berada di hospital kerana aku telah dilanggar sebuah kereta semasa aku melintas jalan tanpa menoleh kanan dan kiri setelah keluar dari rumah tersebut. Benak fikiran ku bermain-main di minda ,tentang kejadian yang menimpa diriku ini. Aku sangat bersyukur kerana terselamat dari kejadian tersebut,aku harap ia tidak akan berlaku dalam hidup aku,inilah pengalaman yang amat menakutkan dalam diri aku. AKU TAHU ALLAH MASIH SAYANGKAN AKU LAGI.....
No comments:
Post a Comment